Friday, June 3, 2011

fadilat puasa di bulan Rejab.

puasa 1 hari: seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah s.w.t serta syurga tertinggi


puasa 2 hari: mendapat kemuliaan besar daripada Allah s.w.t dan dilipatgandakan pahalanya


puasa 3 hari: dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikannya sebuah parit panjang menghalangnya ke neraka


puasa 4 hari: diselamatkan daripada seksaan akhirat serta fitnah dajal


puasa 5 hari: aman dari azab kubur


puasa 6 hari: dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya


puasa 7 hari: Allah s.w.t menguncik tujuh pintu neraka baginya


puasa 8 hari: Allah s.w.t membuka lapan pintu syurga baginya. :)


puasa 9 hari: keluar dati kuburnya lalu menyeru "Lailahaillallah" dan tidak dia ditolak dari masuki syurga.


puasa 10 hari: Allah s.w.t memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di Siratul Mustaqim. :)


puasa 13 hari: seperti puasa 3000 tahun


puasa 14 hari: seperti puasa 10000 tahun


puasa 15 hari: Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan kebajikan, serta sama seperti puasa 100,000 tahun


puasa 16 hari: dapat melihat wajah Allah s.w.t dalam syurga dan jadi orang pertama menziarahi Allah s.w.t dalam syurga


puasa 19 hari: dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam


puasa 20 hari: allah mengampunkan segala dosa lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya


puasa pada 27 Rejab: iaitu hari Israk Mikraj, sama seperti puasa 60 bulan pahalanyajika bersedekah seumpamanya puasa 1000 tahun.


bersedekah pada bulan rejab seumpama sedekah seribu dinar, dicatatkan pada setiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

wallahualam.

info dari:
Unit Pendidikan Islam & ICT, PPD Jasin

berkebajikanlah selagi dikurniakan kudrat, bertaubatlah sementara dikurniakan hayat. :)

2 comments:

Anonymous said...

mcm sedih background lagu blog kamu.huks~

wan izyan said...

hiks. kalau dengar ketika sedang bersedih, jadi sedih lah lagu ini. kalau dengar ketika sedang ber-indah, jadi indah lah lagu ini. :D