Saturday, February 26, 2011

syaitan.

dan syaitan itu datang lagi. syaitan yang telah lama pergi menjauh, hari ni kau datang balik. kenapa ya? ya. syaitan. sememangnya berkhidmat untuk meyesatkan. pergi lah kau jauh2. dan apabila syaitan itu kembali, menggugat apa saja yang ada. sedia tipis, semakin menipis. hey. tebalkanlah apa yang tak tebal. jangan biarkan ia semakin menipis.
terimakasih kepada objek yang telah banyak membantu menebalkan apa yang nipis. sedikit kukuh kini. tapi. mana objek? hilang. carilah dan teruslah mencari. dan janganlah kau terus lemahkan apa yang sedia semakin kukuh itu. kuatlah wahai hati. pergilah wahai syaitan. Audzubillah min al-Shaytan al-Rajeem

Friday, February 25, 2011

cantik itu dari hati.

kaum hawa:
rupa dah cun. percakapan pun lembut, kadang manja2 sikit. atur langkah jalan pun rapi. tapi. hati mesti mau bagus. ikhlas dan tulus. itulah yang dikatakan betul2 cantik.

kaum adam:
rupa hensem, agak2 boleh bikin caer gak la. bercakap pon bahasa baik2 je. langkah jalan penuh yakin dan berwibawa. hati juga mahu jaga ya.

bila hati di jalan yang betul, insyaAllah kejayaan milik kita. kebahagiaan menyusul tiba. insyaAllah. :)

Monday, February 21, 2011

new . value

melakukan sesuatu perubahan. berubahlah ke arah yang baik. berubah sendiri. tak perlu tunjuk2 bahawa kita sedang melakukan perubahan. bergerak secara senyap. syyhh. biar mereka tidak tahu apa yang sedang kita lakukan. biar mereka nanti kagum dengan hasil dari apa yang kita lakukan. biar. untuk berubah. menjadikan sesuatu yang baru, yang tak pernah wujud, memang sukar. sukar. terlalu sukar. terlalu banyak kekangan. ah. itulah fitrah dan lumrah. hadapilah dengan tenang dan penuh senyum. :) jadilah yang terbaik. pilihlah jalan sebagus mungkin. terbaik untuk diri sendiri. terbaik juga untuk persekitaran. pembaharuan yang tidak mendatangkan susah kepada orang lain. tidak mendatangkan dosa untuk diri sendiri.
biar apa orang kata. abaikan. jadilah yang terbaik. untuk diri sendiri, untuk masa depan, untuk persekitaran. persekitaran? terbaik untuk persekitaran. abaikanlah jika persekitaran mengendahkan. satu kerugian bagi mereka, tiada kerugian bagi diri kita. kuatlah diri sendiri. kuatlah wahai hati.

Friday, February 11, 2011

habuk itu hidup

habuk tak hidup. tapi habuk menyinggah dalam hidup manusia.
habuk itu masalah. habuk habuk tersebut mestilah dibersihkan. barulah kehidupan tak berhabuk.
maksud saya. masalah dalam kehidupan, haruslah diselesaikan sebaik mungkin. eh. bukan harus. tapi mesti. mesti diselesaikan. setiap masalah ada penyelesaian. setiap habuk boleh dibersihkan.
habuk itu masalah.
masalah di sini ialah. bilik kediaman aku yang cepat berhabuk. hari hari kena lap. kalau bilik di rumah, boleh sedut dengan pembersih hampagas atau vakum.