Monday, December 26, 2011

kosong dan penuh

tin kosong diketuk. bunyi kuat. tin penuh diketuk. bunyi tak kuat. takde bunyi mungkin. mereka bersuara. pompang2 mereka berkata2. kerana. kerana mereka taktahu apa2. mereka adalah tin kosong. yang mengetahui. hanya mampu diam dan lihat sejauh mana ke-pompang-an mereka. mereka adalah tin yang penuh berisi. siapa pula pengetuk tin? itulah ajinomoto.

Sunday, October 30, 2011

Sunday, July 31, 2011

fadilat Ramadhan. antaranya.

Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dan dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa.


ni adalah antara fadilat2 Ramadhan yang aku rasa best untuk share. simple dan hebat fadilatnya


1. menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amalan yang fardhu diberi balasan 70 kali ganda. 


2. barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya adalah seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya


3. siapa yang mengenyangkan orang berpuasa (untuk berbuka puasa) diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa


4. berpuasa dengan menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga


5. barang siapa yang hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy


6. siapa yang tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya


7. para isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam


8. siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, maka Allah menunaikan seribu hajatnya


9. siapa yang bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya


10. orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya


11. yang ni aku rasa paling syok dan sangat sesuai bagi siapa2 yang pasang hasrat nak tidur di siang hari Ramadhan:

  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu)
    • Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  (Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
wallahualam
*tulisan ini aku rujuk pada petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi. 

Saturday, July 30, 2011

thank God

i live my life today because of the changes i have made yesterday. let not be given the beauty of life, just good enough to take refuge from the misery. and i am happy this way. do choose yours.

Wednesday, July 27, 2011

"kalau"

“If you are you breathe. If you breathe you talk. If you talk you ask. If you ask you think. If you think you search. If you search you experience. If you experience you learn. If you learn you grow. If you grow you wish. If you wish you find. And if you find you doubt. If you doubt you question. If you question you understand and if you understand you know. If you know you want to know more. If you want to know more you are alive.” 
-National Geographic commercial 2009, Billy 2011.

Thursday, July 14, 2011

nasi kerabu adalah makanan yang sedap dan berkhasiat. ye. khasiat dari ulaman. nasi kerabu ada warna putih, ada warna biru tapi ada yang menyebutnya sebaga nasi kerabu hitam. hitam bermaksud biru. rabun warna mungkin. dan ada juga yang warna kuning iaitu yang aku makan tadi pagi. tapi tak sedap. tapi bersyukur seadanya.

*image dari google
tambah ayam percik sikit lagi best.

nasi kerabu terbaik adalah nasi kerabu pasar malam seri iskandar atau pasar malam UiTM Seri Iskandar. ya. kedua2nya adalah sama. mokcik kelate dengan anak2 yang comel2 belaka. sehingga kini. tiada nasi kerabu sesedap itu. masih mencari.

Tuesday, June 21, 2011