Saturday, April 30, 2011

ya. saya sedang rindu rumah.

upload gambar ni sambil senyum. takde motif. 
*macam lah ni gambar rumah kau wahai izyan.

Saturday, April 23, 2011

hidup berpasangan.

kiri-kanan, depan-belakang, atas-bawah, lelaki-perempuan. berpasangan. saling melengkapi. wanita melengkapkan hidup lelaki. lelaki melengkapkan hidup wanita. ya. everyone knows that.
melengkapi. bagi mereka yang sedang bercinta, pasti dapat rasakan bahawa pasangan mereka itu adalah pelengkap hidup mereka. ok. fine. pasangan anda adalah pelengkap hidup anda. semoga lengkaplah hidup anda tu.
dalam berpasangan, janganlah melebih-lebih. tak perlu pun nak melebih-lebih dalam berkasih sayang. *kot ye pon nak saling melengkapi, tunggu le lepas kawen, nak berkasih sayang 24/7 pon boleh ;)
lelaki atau perempuan, masing-masing punya akal untuk berfikir. pandai jaga diri, pandai jaga perhubungan, insyaAllah mendapat keberkatan dariNya. bercinta di jalan Allah. bukannya bercinta di jalan syaitan. tahu macam mana bercinta di jalan syaitan? otak ada? akal pon ada, kan? fikirlah sendiri. kalau otak dah beku sangat, tak mampu fikir, boleh la baca dan fahami lirik lagu kalau berpacaran 
ok. selamat berfikir.

Wednesday, April 20, 2011

kalau Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'".

"Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Friday, April 15, 2011

jika aku jatuh hati.

well this doa has been published in public dah agak lama juga lah. tapi just few days ago, aku dengar lagi doa ini untuk ke berapa kalinya. penuh pengisian. it turns me into silent. really inspiring me. ok, now sama² kita berdoa. :) hope this will inspire u juga. :)



Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

kuku kiri kuku kanan. kuku kaki kuku tangan.

*terfikir untuk post entri ini kerana sahabat saya Khairunnisa Hasan Shakri yang suka potong kuku. :)


Cara-cara memotong kuku mengikut agama Islam ...

Sunat memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga jari kelingking dan diikuti ibu jari...

Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking...


Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.






Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT



potonglah pada hari isnin, khamis dan jumaat.  :)
wallahualam.

Tuesday, April 12, 2011

hujung minggu yang penuh pengisian. alhamdulillah.

jumaat petang: kakak datang sini. yay! saya sayang kakak saya. seronok juga lah walaupon macam terkejar² ke sana sini uruskan diri nak pergi kelas petang, nak jumpa kakak, nak setel hal kakak lagi. tapi kakak relax je, aku pulak yang berpeluh melampau. *ok. sebenarnya aku tak boleh handle lebih dari satu hal in one time. cepat panik and berpeluh macam mandi.

sabtu pagi: appointment untuk assignment. ok. tak best mana pon. tapi semua berjalan lancar. sekaligus setel. alhamdulillah. :) 
petang keluar berbuka puasa di luar. hoyeah. setelah seminggu berbuka dengan nasi lemak yang tak berapa nak kena dengan tekak ni *telan je la demi nak berbuka puasa. by the way, terimakasih sebab mengenyangkan perut saya sehingga duduk serba tak kena terlampau kenyang. :D tapi masih lagi mencari² burger untuk bekal balik kolej, untuk makan sebagai sahur. mencari je lebih. burger tak dapat. penat je dapat. takpe. usaha meronda shaharlem hampir satu jam menunjukkan ciri² kegigihan. tahniah.

ahad pagi: assignment lagi. subjek lain pulak. berjalan lancar jugak. thanks to team-mate: diyana, faten n wani. :) and dalam masa sama, menanti. owh. lambatnye nak petang.
petang sudah sampai. ilan pon sampai la. ha. ni lah part yang seronok. sebab dah lama tak jumpa ilan. ilan. nama sebenar siti ilyana wahab. she's the best friend of mine. *biar apa orang nak cakap. kami tetap kawan. :) borak² potpet² macam baby baru pandai bercakap. topik tak pernah habis. ok. maghrib semakin hampir. maka menapaklah kami ke ani sup depan ni ha untuk berbuka. firstime aku makan di ani sup iaitu tempat makan favourite ilan. *taksub dengan cik ani punya sup sampai berangan nak buka cawangan. semoga tercapai. aku doa dari jauh. :) namun, pembukaan puasa waktu tu memang best. sup best, burger pun dapat. terimakasih ilan atas segala belanja makan saya. :)
malamnya ahad, assignment melambak² lagi, tapi automatikli jadi terlebih rajen yang menghasilkan pembalikan iaitu malas. malas lah buat assignment. sambung borak² potpet² sampai ketiduran. tamatlah hari ahad.

isnin: dah out of topik ye. isnin bukan weekend lagi, tapi dah masuk weekdays. tapi tak pergi kelas. whoa. kenapa? entah. baik lepak bilik sorang² hadap assignment. lagi syok kot. masih meneruskan sesi puasa ganti. tiba waktu berbuka. roomate bagi goreng pisang. terimakasiss roomate! :)

tiga hari berturutan dapat makanan free. semoga Allah melimpahkan rezeki buat kalian. :) ok. sekian tamat sudah penceritaan. 
tiba² teringatkan kata² seseorang yang pernah jadi bestfren pada satu ketika dulu. "bagi i, blog tu bukan lah diari, tapi ramai orang bercerita² mengenai kehidupan seharian mereka seolah-olah blog tu diari", masa tu aku mengiyakan kata² beliau. sekarang beliau dah hilang. maka. persetankan saja lah kata² beliau tu. hehe

Sunday, April 3, 2011

keindahan petang.

matahari yang cantik, memancarkan sinar yang sangat hebat. terasa panas nya sampai ke tekak. jadi haus dan terbayangkan macam-macam hal. antara hal yang paling hebat dibayangkan pada waktu ni adalah ais cendol. erh. bahagia betul ni kalau dapat menikmati cendol. 

gambar ni ambil dari blog orang lain: pinjam ye kak~


tapi saya taksuka kacang merah yang besar tu. kecik² dulu saya panggil tu kacang lipas. *besar² ni pon masih panggil dengan nama tersebut. teruknya. ok. kalau kat rumah, saya taksuka santan² ke ape ke. cukup sekadar cendol dengan air bandung yang berwarna pink cantik lagi comel. *warna memainkan peranan penting. membuatkan saya rasa cendol bandung itu sangatlah sedap.