Tuesday, April 12, 2011

hujung minggu yang penuh pengisian. alhamdulillah.

jumaat petang: kakak datang sini. yay! saya sayang kakak saya. seronok juga lah walaupon macam terkejar² ke sana sini uruskan diri nak pergi kelas petang, nak jumpa kakak, nak setel hal kakak lagi. tapi kakak relax je, aku pulak yang berpeluh melampau. *ok. sebenarnya aku tak boleh handle lebih dari satu hal in one time. cepat panik and berpeluh macam mandi.

sabtu pagi: appointment untuk assignment. ok. tak best mana pon. tapi semua berjalan lancar. sekaligus setel. alhamdulillah. :) 
petang keluar berbuka puasa di luar. hoyeah. setelah seminggu berbuka dengan nasi lemak yang tak berapa nak kena dengan tekak ni *telan je la demi nak berbuka puasa. by the way, terimakasih sebab mengenyangkan perut saya sehingga duduk serba tak kena terlampau kenyang. :D tapi masih lagi mencari² burger untuk bekal balik kolej, untuk makan sebagai sahur. mencari je lebih. burger tak dapat. penat je dapat. takpe. usaha meronda shaharlem hampir satu jam menunjukkan ciri² kegigihan. tahniah.

ahad pagi: assignment lagi. subjek lain pulak. berjalan lancar jugak. thanks to team-mate: diyana, faten n wani. :) and dalam masa sama, menanti. owh. lambatnye nak petang.
petang sudah sampai. ilan pon sampai la. ha. ni lah part yang seronok. sebab dah lama tak jumpa ilan. ilan. nama sebenar siti ilyana wahab. she's the best friend of mine. *biar apa orang nak cakap. kami tetap kawan. :) borak² potpet² macam baby baru pandai bercakap. topik tak pernah habis. ok. maghrib semakin hampir. maka menapaklah kami ke ani sup depan ni ha untuk berbuka. firstime aku makan di ani sup iaitu tempat makan favourite ilan. *taksub dengan cik ani punya sup sampai berangan nak buka cawangan. semoga tercapai. aku doa dari jauh. :) namun, pembukaan puasa waktu tu memang best. sup best, burger pun dapat. terimakasih ilan atas segala belanja makan saya. :)
malamnya ahad, assignment melambak² lagi, tapi automatikli jadi terlebih rajen yang menghasilkan pembalikan iaitu malas. malas lah buat assignment. sambung borak² potpet² sampai ketiduran. tamatlah hari ahad.

isnin: dah out of topik ye. isnin bukan weekend lagi, tapi dah masuk weekdays. tapi tak pergi kelas. whoa. kenapa? entah. baik lepak bilik sorang² hadap assignment. lagi syok kot. masih meneruskan sesi puasa ganti. tiba waktu berbuka. roomate bagi goreng pisang. terimakasiss roomate! :)

tiga hari berturutan dapat makanan free. semoga Allah melimpahkan rezeki buat kalian. :) ok. sekian tamat sudah penceritaan. 
tiba² teringatkan kata² seseorang yang pernah jadi bestfren pada satu ketika dulu. "bagi i, blog tu bukan lah diari, tapi ramai orang bercerita² mengenai kehidupan seharian mereka seolah-olah blog tu diari", masa tu aku mengiyakan kata² beliau. sekarang beliau dah hilang. maka. persetankan saja lah kata² beliau tu. hehe

2 comments:

il ya na said...

hahah ak baru perasan ko update ni. haha, terharu gak de nama aku. ekekek. (persetankan) hahaha word canggih.

wan izyan said...

haha. kena tag nama kau kot baru perasan. *eh. boleh ke tag mcm kt fb? betapa aku tak reti. haha. persetankan semuanya. canggih ke? aku memang selalu guna word tu lah. jangan la perli² saya. haha.