Sunday, July 31, 2011

fadilat Ramadhan. antaranya.

Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dan dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa.


ni adalah antara fadilat2 Ramadhan yang aku rasa best untuk share. simple dan hebat fadilatnya


1. menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amalan yang fardhu diberi balasan 70 kali ganda. 


2. barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya adalah seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya


3. siapa yang mengenyangkan orang berpuasa (untuk berbuka puasa) diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa


4. berpuasa dengan menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga


5. barang siapa yang hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy


6. siapa yang tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya


7. para isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam


8. siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, maka Allah menunaikan seribu hajatnya


9. siapa yang bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya


10. orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya


11. yang ni aku rasa paling syok dan sangat sesuai bagi siapa2 yang pasang hasrat nak tidur di siang hari Ramadhan:

  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu)
    • Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  (Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
wallahualam
*tulisan ini aku rujuk pada petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi. 

No comments: