Monday, February 21, 2011

new . value

melakukan sesuatu perubahan. berubahlah ke arah yang baik. berubah sendiri. tak perlu tunjuk2 bahawa kita sedang melakukan perubahan. bergerak secara senyap. syyhh. biar mereka tidak tahu apa yang sedang kita lakukan. biar mereka nanti kagum dengan hasil dari apa yang kita lakukan. biar. untuk berubah. menjadikan sesuatu yang baru, yang tak pernah wujud, memang sukar. sukar. terlalu sukar. terlalu banyak kekangan. ah. itulah fitrah dan lumrah. hadapilah dengan tenang dan penuh senyum. :) jadilah yang terbaik. pilihlah jalan sebagus mungkin. terbaik untuk diri sendiri. terbaik juga untuk persekitaran. pembaharuan yang tidak mendatangkan susah kepada orang lain. tidak mendatangkan dosa untuk diri sendiri.
biar apa orang kata. abaikan. jadilah yang terbaik. untuk diri sendiri, untuk masa depan, untuk persekitaran. persekitaran? terbaik untuk persekitaran. abaikanlah jika persekitaran mengendahkan. satu kerugian bagi mereka, tiada kerugian bagi diri kita. kuatlah diri sendiri. kuatlah wahai hati.

No comments: