Saturday, May 28, 2011

kompleks nya sesuatu yang simple.

kahwin. kahwin. kahwin. cakap pasal kahwin, memang terbayangkan keindahan saja. ya. memang indah. kahwin itu indah. *ni opinion saya bersaskan pembacaan saya mengenai kahwin ye. saya belum kahwin. kahwin itu indah kerana yang tersayang dah jadi milik kita. ha. indah la tuh. berkahwin juga sebenarnya mengelakkan dari terjadinya maksiat. maksiat bukan dari segi penzinaan semata². duk bercinta² berfeeling² tu pun maksiat juga. maksiat hati namanya tu. bila dah kahwin, sangatlah indah sebab banyak pahala yang boleh dihasilkan, melayan baik antara suami isteri tu pun mengundang pahala tau. and for sure, semua halal. nak feeling² over² pun takpe. and ada macam² lagi lah reasonnya kenapa perkahwinan itu dikatakan indah. tapi tapi tapi, sebelum kahwin tu persediaan sebaik mungkin amatlah perlu. jangan tahu nak kahwin saja tapi tak reti nak jaga tanggungjawab masing². ok. di sini disertakan sedikit info berguna yang saya baca dari blog haruman mawar: pesanan dari seorang ibu kepada seorang anak perempuannya yang bakal bergelar isteri kepada seorang suami:


1. walaupun ini emak, tapi nanti, insyirah kena lebih kan perhatian pada emak mentua.

2. semua masalah suami isteri, selesaikan dengan suami. jangan rujukdengan sesiapa kecuali kalau terlalu perlu, syirah nak tanya emak, mintak kebenaran suami dulu.

3. jangan sekali-kali hebahkan masalah suami isteri atau masalah dalam keluarga suami pada sesiapun... walupun pada emak... jaga maruahsuami dan keluarga suami.

4. setiap manusia ada perangai baik perangai buruk, begitu jugak suami.belajar menerima. jangan terlalu mengharap kepada penghargaan. suami adalah makhluk. dia tak sempurna.

5. suami adalah pinjaman. jangan ingat harta peribadi. bila-bila masa Allah boleh ambil dalam apa cara sekalipun. jadi, gunakan masa dan peluang yang ada untuk berbakti sementara dia ada.

6. sebab dia manusia biasa, kadang-kadang mood dia baik, kadang-kadang mood dia tak baik. sabar. jangan emosi. jangan ego. biar dia ego tak apa. ego syirah tercalar, Allah akan ubatkan.

7. suami jambatan insyirah untuk mencapai redha Allah. kalau suami tak redha pada insyirah, jauh dan payah lah perjalanan hidup kamu nanti. jadi, selalu jaga perhubungan supaya suami sentiasa pleased with you.

8. hmm... while u can have friends, make sure that your husband knows who your friends are. limit your male friends only to those that yourhusband permits. never ever tell the problem of our life especially your love life to any male. at all. cousin pun tak bleh.



isteri² di luar sana, atau bakal² isteri seperti saya *hikhik, sama² lah mengambil pesanan ini sebagai guideline untuk menempuhi hari mendatang. jangan fikir kahwin tu senang. huhu.


kahwin bukan setakat mengahwini si perempuan/lelaki tersebut semata². kita juga telah mengikat hubungan dengan keluarga beliau. yang lelaki, janganlah mengambil kesempatan atas hakikat ni pula. jadi, bertoleransilah ya. :)

No comments: