Thursday, May 19, 2011

tujuh perkara kebahagiaan dunia

again, i'm sharing the infos that i've received on my yahoomail, infos yang menarik dan merupakan pengetahuan baru buat saya. terimakasih kepada sahabat yang menyampaikan info ini, and now i'm gonna spread those words for others. :)

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dari Ibnu Abbas r.a katanya :" Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1. Hati yang selalu bersyukur (Qalbun syakirun)
2. Pasangan hidup yang soleh (Al azwaju shalihah)
3. Anak-anak yang soleh. (Al auladun abrar)
4. Suasana yang baik untuk iman kita (Albiatu sholihah)
5. Harta yang halal. (Al malul halal)
6. Semangat untuk memahami agama. (Tafakur fi dien)
7. Umur yang barakah ( umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.)"


Pertama : Hati yang selalu bersyukur.
Ibnu Abbas r.a berkata : "Bersyukur adalah taat dengan segenap anggota badan kepada Allah s.w.t., baik secara sembunyi ataupun terang-terangan serta secara lisan maupun di dalam hati. Setelah itu sedaya upaya menjauhi maksiat serta kemungkaran."

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kamu."
(Surah Ibrahim ayat 7)


Kedua : Pasangan hidup yang soleh .
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud , "Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah"
(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula”.
(Surah an-Nur ayat 26)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Wanita itu dikawini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kamu memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya kamu akan bernasib baik.”


Ketiga : Anak-anak yang soleh.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah al-Luqman ayat 14)


Keempat : Suasana yang baik (biah solehah).
Betapa pentingnya mewujudkan suasana yang baik untuk membantu menjaga peribadi dan iman kita sebagai seorang muslim. Suasana yang baik ini perlu ada didalam rumah kita, suasana dipejabat dan suasana di kawasan perumahan tempat kita tinggal dan seterusnya suasana masyarakat kita.Mewujudkan biah solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib.

Ianya termasuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan biah solehah. Remaja yang terlibat dengan gejala sosial pada masa kini adalah disebabkan suasana persekitaran yang tidak sihat dan mendorong mereka untuk melakukan maksiat.


Kelima : Harta yang halal.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”

Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.


Keenam : Semangat untuk memahami agama.
Sesiapa yang diberi kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw bersabda,
"Manusia yang paling baik ialah seorang mukmin yang berilmu, yang apabila diperlukan kepadanya dia akan memberi manafaat (kepada orang lain) dan jika dia tidak diperlukan dia akan menjaga dirinya (dari orang lain)."
(Hadis Riwayat Al Baihaqi)


Ketujuh : Umur yang barokah.
Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."


Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita berusaha untuk memiliki tujuh perkara kebahagiaan dunia yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a seorang sahabat Nabi s.a.w. Kebahagiaan di dunia yang dinyatakan ini sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan kebahagiaan di hari akhirat.

Orang yang sentiasa bersyukur akan dirahmati Allah di dunia dan akhirat. Pasangan hidup yang bahagia adalah suami dan isteri yang soleh dan solehah. Dikurniakan pula anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendo'akannya apabila kedua ibu bapa pulang ke alam barzakh. Suasana baik, aman dan damai adalah faktor yang akan membentuk diri kita dan anak-anak kepada suasana Islam yang akan menambahkan iman dan takwa kita kepada Allah.

Begitu juga harta yang halal yang masuk kedalam perut kita akan menyebabkan do'a-do'a kita dimakbulkan Allah s.w.t. dan apabila disoal dihari akhirat nanti tentang harta, maka sumber yang kita perolehi adalah daripada sumber yang halal maka kita akan terselamat daripada azab Allah. Tanda Allah kasih pada hamba-hamba-Nya adalah Dia memberi kefahaman tentang deen Islam dan dapat pula di amalkannya. Yang terakhir adalah umur panjang yang dikurniakan Allah akan memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan memberi manfaat kepada orang lain.


Semoga kita bisa mengambil hikmah dari catatan ini

No comments: