Saturday, April 23, 2011

hidup berpasangan.

kiri-kanan, depan-belakang, atas-bawah, lelaki-perempuan. berpasangan. saling melengkapi. wanita melengkapkan hidup lelaki. lelaki melengkapkan hidup wanita. ya. everyone knows that.
melengkapi. bagi mereka yang sedang bercinta, pasti dapat rasakan bahawa pasangan mereka itu adalah pelengkap hidup mereka. ok. fine. pasangan anda adalah pelengkap hidup anda. semoga lengkaplah hidup anda tu.
dalam berpasangan, janganlah melebih-lebih. tak perlu pun nak melebih-lebih dalam berkasih sayang. *kot ye pon nak saling melengkapi, tunggu le lepas kawen, nak berkasih sayang 24/7 pon boleh ;)
lelaki atau perempuan, masing-masing punya akal untuk berfikir. pandai jaga diri, pandai jaga perhubungan, insyaAllah mendapat keberkatan dariNya. bercinta di jalan Allah. bukannya bercinta di jalan syaitan. tahu macam mana bercinta di jalan syaitan? otak ada? akal pon ada, kan? fikirlah sendiri. kalau otak dah beku sangat, tak mampu fikir, boleh la baca dan fahami lirik lagu kalau berpacaran 
ok. selamat berfikir.

2 comments:

Anonymous said...

dapat komen!

wan izyan said...

tahniah wahai follower. :)