Tuesday, September 14, 2010

fadilat Bismillah. simple saja.

1. Allah s.w.t memerintahkan malaikat mencatat amal mereka yang bace Bismillah sebanyak 400kali.
(kira macam kite buat 400 amalan la kan)

2. baca 21 kali ketika nak tido, akan aman dari gangguan syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.
(ni salu aku amal sebab simple saja kan)

3. baca ketika nak berjimak. akan melahirkan anak yang cerdas, terbuka hatinya serta jadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
(ni aku belom amal lagi, hikhik)

4. baca 41 kali ke telinga orang yang pengsan, akan segera siuman orang yang pengsan itu.

5. baca 313 kali berserta selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w sebanyak 100 kali, pada hari Ahad pada saat matahari terbit, dengan mengadap kiblat, akan mendapat rezeki tak terduga.
(kalo Sundays, jangan la membuta sampai tengahari pulak)

6. baca 786 kali, kemudian tiupkan pada air lalu diminumkan pada orang yang bebal selama 7 hari pada saat matahari terbit, akan lenyaplah bebalnya.
(tapi kena makesure beliau bangun untuk minum la kan)

7. baca 50 kali di hadapan orang yang zalim, akan tunduk dan takutlah si zalim itu.

8. tulis 60 kali kalimah Bismillah dengan huruf Arab di atas kertas putih, lalu disisipkan ke perut perempuan hamil, insyAllah hidup anak kandungannya.

9. baca 786 kali dihadapan dagangan lalu dihembuskan selama 7 hari, insyaAllah majulah dagangannya.
(tak perlu bomoh² segala)

Fadilat Bismillah adalah antara fadilat yang teristimewa dari hadis Nabi s.a.w dan dari kitab² muktabar. Namun segala kebaikan akan hanya diperoleh dengan izin Allah.
Sesungguhnya kita haruslah berikhtiar bersungguh² melaksanakan perintahNya dan mencari keredhaanNya.

3 comments:

il ya na said...

like this post. tp blogspot xde button like meh..

hasrul hassan said...

Salam .. betul dn benar.

http://hasrulhassan.blogspot.com

wan izyan said...

ya. mari kita praktik. :)